Muslims <3 Pokok
Penggunaan pokok sebagai metafora banyak sekali digunakan di dalam AlQuran & Hadith.
Pokok diumpamakan dengan kata-kata yang baik (Surah Ibrahim:24).
Rasulullah s.a.w menyifatkan sorang yang beriman bagaikan sebuah pohon kurma yang dimana daunnya tidak jatuh & manusia banyak mengambil manfaat darinya. Rasulullah s.a.w juga menyatakan apabila seorang mu’min menanam pokok, dan jika seekor binatang atau seorang manusia memakan dari hasil buahnya maka ia dikirakan sedekah.
Pokok juga merupakan ciptaan Allah yang sangat unik & Indah. Ianya memberi rumah bagi ribuan jenis serangga & binatang, menjadi teduhan bagi sang musafir & membersihakan udara untuk kita menghirup yang segar. Pernah tidak kita terfikir jutaan pokok & pohon yang ada di hutan rimba tidak dijaga atau dibaja oleh mana-mana manusia, namun tumbuh segar & kukuh dibawah jagaan Allah s.w.t menghasilkan pelbagai warna bunga & buah-buahan. Dan setiap daun yang gugur itu diketahui Allah s.w.t (Surah A’raf:59)
Rasulullah s.a.w bersabda di dalam sebuah hadith (Diriwayatkan oleh Anas r.a, Kitab Mujamma’ Az-Zawaid) “Jika kamu tahu kiamat sudah hampir dan di tangan kamu ada sebiji benih baja, maka tanamlah ia.”